Bukan biasa-biasa makcik ni ya, boleh ubah suai mesin basuh jadi sinki

  • Post author:

Biasalah bila dah lanjut usia dan sudah bosan duduk di rumah, mulalah timbul idea-idea kreatif wanita-wanita di luar sana.

Seorang warga emas tular dek kerana mengubah mesin basuh lamanya yang sudah rosak menjadi sinki.

Video tersebut dikongsi di akaun TikTok @huda_jahar mengenai Maklongnya yang sedang membasuh pinggan dalam mesin basuh yang telah siap diubah suai.

Netizen kagum melihat idea dan pemikiran wanita yang sudah berusia ini malah memujinya kerana mereka lebih memilih untuk membuang barang yang rosak dan tidak membaikinya.

Tapi buat wanita yang dikenali sebagai Rokiah ini, tidak kisah biarpun barang tersebut sudah rosak, dia akan mencari jalan untuk tetap menggunakannya.

Netizen mula membanjiri komen di TikTok dengan memuji tindakan Maklong yang diakui sememangnya kreatif.

“Betul tu, ada ja idea orang-orang dulu macam mak saya,” komen Ellia.

“Ya betul, orang-orang lama ni kreatif lain macam. Mak aku peti lama dia buat simpan barang-barang kering,” komen Aishah.

“Kreatif betul, kalau kita dah buang dah. Terbaik maklong,” komen pengguna TikTok.

“Tak membazir, walaupun dah rosak masih boleh guna untuk benda lain lagi,” komen Laila.

Baca Juga: [VIDEO] Gadis ini terlalu pantas tekan kalkulator, netizen seloroh risau jari dia pula patah nanti

Baca Juga: Deko macam hospital mental tapi harga rumah cecah RM101 juta, Kim Kardashian pilih minimalis