Hilang ibu bapa dalam kemalangan, sayu lihat kanak-kanak minta opah jagakan dia dan adik

  • Post author:

Baru berusia enam tahun tapi sudah merasa erti kehilangan ibu bapa, kanak-kanak perempuan ini membuat permintaan kepada opah (nenek) untuk tinggal bersamanya selepas kedua ibu bapanya dan adik bongsu meninggal dalam kemalangan

“Boleh kakak dan abang tinggal dengan opah, sebab ibu sudah meninggal (dunia),” permintaan kecil Nur Aisyah Umairah Mohamad Adam, 6, kepada neneknya, Ropitah Din, 53, ketika wanita itu melawat kanak-kanak tersebut di Hospital Seri Manjung (HSM), pagi kelmarin.

Nur Aisyah Umairah yang menggelarkan dirinya kakak dan adiknya, Mohamad Hakimi Amsyar, 4, kini bergelar yatim piatu selepas kedua ibu bapa mereka meninggal dunia dalam kemalangan tersebut lapor Kosmo.

Pasangan suami isteri dan anak bongsu mereka adalah tiga beranak yang terlibat nahas dua kenderaan di Jalan Kampung Koh-Segari berdekatan Jambatan Bainun di sini, malam Sabtu.

Mangsa adalah Mohamad Adam Che Embi, 33, Nurhamizza Hamdan, 32 dan anak mereka, Mohamad Aisy Hakim.

Dua beradik yang terselamat itu hanya cedera di bahagian dada dan dahi serta kini menerima rawatan di HSM.

Tak sampai hati nak maklum kepada cucu

Buat opah, Ropitah dia tidak tahu bagaimana mahu menyampaikan kehilangan tiga beranak kepada Nur Aisyah tapi alangkah terkejutnya apabila dimaklumkan yang cucu perempuannya itu tahu mengenai kematian ibunya.

“Tetapi tidak sangka Nur Aisyah tahu kematian ibunya ketika berada di lokasi kejadian. Dia sempat bertanyakan kepada orang awam yang menyelamatkan mereka ‘ibu sudah meninggalkan’?

“Dia kemudian beritahu mak cik, nanti opah hantar kakak dan abang (bersekolah) sekolah lama ibu, kakak mahu mengaji. Ada ke ustazah?,” katanya .

Menurut Ropitah, dia dan suaminya, Hamdan Hamdi, 63, akan mengambil alih tanggungjawab menjaga dua cucunya itu dan akan membawa mereka pulang ke rumahnya yang terletak di Pengkalan Bharu, Pantai Remis selepas dibenarkan keluar hospital nanti.

Baca Juga: 70 jam terperangkap dalam perigi, kanak-kanak sudah tidak bernyawa ketika diselamatkan

Baca Juga: Nurul Izzah jangan sedih ya..