Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) esok.
Ujian itu dijalankan di Wilayah Persekutuan Labuan bermula jam 3 hingga 5 petang.
Justeru, MetMalaysia meminta penduduk setempat agar tidak panik jika mendengar bunyi siren berkenaan.
“Ujian siren tersebut akan dilakukan di Balai Bomba Layang-Layangan. Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.
MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” maklum MetMalaysia.
MetMalaysia memaklumkan perkara berkenaan menerusi Facebook rasminya hari ini.
Baca Juga: Lima graduan hadiri konvokesyen terlibat kemalangan
Baca Juga: Khai Bahar mohon doakan ibu, masuk ICU sebab kegagalan buah pinggang