Kematian Ratu Elizabeth II sekarang akan memulakan ‘Operation London Bridge’ dimana protokol dibuat pada 1960-an yang memberi maklumat terperinci mengenai perkara yang perlu dilakukan 10 hari pertama selepas kemangkatan Ratu.
Pada September tahun lalu butir lengkap operasi itu telah didedahkan iaitu:
- Bendera dikibarkan separuh tiang 10 minit selepas kerajaan United Kingdom umumkan kemangkatan.
- Putera Charles akan diumumkan menjadi raja apabila Ratu Elizabeth II mangkat.
- Perdana Menteri pihak pertama akan mengeluarkan kenyataan rasmi.
- Ratu akan disemadikan dalam masa 10 hari selepas kemangkatan.
- Laman web rasmi diraja akan diletakkan banner hitam putih.
- Ketika hari pemakaman ratu, rakyat akan diberikan cuti peristiwa.
- Ratu disemadikan di King George VI Memorial Chapel.
Baca Juga: Ratu Elizabeth II meninggal dunia-Raja Charles III beri kenyataan pertama penuh emosi