Raikan hari lahir anak tunggal secara eksklusif, Aishwarya Rai hanya jemput pasangan selebriti dan keluarga terdekat sahaja

Pastinya ibu bapa sanggup menghabiskan wang demi sambutan hari lahir anak, apatah lagi kalau anak itu adalah anak tunggal. Tidak terkecuali, pelakon jelita Bollywood Aishwarya Rai mengadakan sambutan hari lahir secara eksklusif buat anak tunggalnya.

Aaradhya Bachchan menyambut hari lahir ke 11 secara gah di rumahnya. Hanya beberapa pasangan selebriti dijemput ke acara eksklusif tersebut yang diadakan di kediamannya dan Abhishek Bachchan selain keluarga terdekat mereka.

“HUBUNGI saya apabila kamu telah sampai rumah,” demikian permintaan aktres, Aishwarya Rai kepada ibunya dan rakan artis yang hadir.

Kehadiran tetamu yang agak terhad dikatakan bagi membolehkan mereka memperuntukkan lebih waktu berkualiti bersama insan-insan kesayangan.

Dalam satu video yang dikongsi seorang paparazi, aktres jelita itu kelihatan mengiringi ibunya, Brindya Rai ke kereta untuk pulang ke rumah usai acara berakhir.

Tidak hanya itu, setiap tetamu yang pulang Juga diiringi sehingga ke kenderaan mereka walaupun menyedari kehadiran paparazzi di luar rumah mereka.

Penyeri hidup mereka hadir setelah empat tahun mendirikan rumah tangga dan pastinya sambutan buat puteri mereka ini tidak akan menjadi sambutan biasa sahaja.

Baca Juga: Sentuh sentimen perkauman dan agama, Ketua Polis Negara bagi amaran hentikan provokasi di sosial media

Baca Juga: Mabuk candu PRU15 – Patut sekarang tumpu usaha penyembuhan