RON97 turun 10 sen, RON95 & Diesel kekal bermula tengah malam ini

  • Post author:

Harga runcit bagi petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter daripada RM4.15 kepada RM4.05 seliter.

Untuk RON95 dan diesel, masing-masing kekal kepada RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Perkara tersebut diumumkan Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut MOF harga itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Harga runcit produk petrol dan diesel itu adalah bagi tempoh 22 hingga 28 September 2022.

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, MOF berkata kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan, seperti mana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Baca Juga:

Baca Juga: