Sebak baca komen saudara terdekat, rupanya kakak adik sangat rapat

  • Post author:

Kes menyayat hati mengenai dua pergaduhan adik beradik hingga meragut nyawa salah seorang mereka mengejutkan ramai pihak terutama saudara terdekat yang sangat mengenali si kakak dan si adik.

Kejadian yang berlaku petang Rabu itu boleh dikatakan tragis kerana dua beradik itu dikatakan sangat rapat, saling menyayangi dan taat pada agama.

Memetik Harian Metro, ahli keluarga yang enggan identitinya didedahkan berkata, seluruh keluarganya terkejut dan tidak percaya insiden menyayat hati itu menimpa mereka.

Kedua beradik itu dididik dalam keluarga yang penuh masih sayang dan ketakwaan. Keluarga mereka juga dikatakan sangat rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain.

“Kedua-dua beradik berkenaan adalah anak yang baik dan sangat bijak kerana sering mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan, selain menjadi harapan keluarga.

“Mangsa yang berusia 16 tahun adalah bekas pelajar Maahad Pontian sebelum berpindah ke sebuah sekolah menengah di Gelang Patah.

“Manakala kakaknya belajar di Tingkatan Enam sekolah yang sama. Mereka berdua serta tiga lagi adik, adalah anak yang sangat baik dan dididik untuk saling berkasih sayang.”

Saudara ini pada mulanya enggan percaya tragedi ini kerana ia sangat tragis dan menyayat hati. Apatah lagi anak-anak ini dididik untuk tidak meninggalkan solat dan taat pada perintah agama.

Dalam pada itu, ahli keluarga berkenaan berkata, ibu bapa mangsa trauma dan amat tertekan dengan insiden malang yang menimpa anak sulung dan anak kedua mereka.

“Mereka amat sedih dan tidak keluar rumah sejak kejadian itu petang semalam apatah lagi insiden tragis itu tular sejak malam tadi,” katanya.

Baca Juga: Gara-gara berebut tempat duduk, nyawa adik melayang dibaling pisau

Baca Juga: ‘Mydin tak sebut pun nama Caprice tapi kalau nak saman, boleh hantar pada peguam saya’