Tidak habis dengan kontroversi, Kasih Iris Leona teruja mengundi pertama kali dan buat keputusan muat naik kertas undi di sosial media hingga cetus kemarahan netizen.
Walapun hanya sekadar melaksanakan tugas sebagai rakyat Malaysia, tindakannya membuat video di TikTok mendapat kecaman, Leona bagaimanapun dikatakan telah memadam video tersebut.
Leona kini sedang menyambung pelajaran di United Kingdom (UK) sejak September lalu, jadi ini membolehkan dia mengundi dengan undi pos bagi menentukan masa depan negara walaupun berbatu jauhnya.
Menerusi hantaran di Twitter, anak Azhar Sulaiman yang baru berumur 20 tahun ini memuat naik foto memegang kertas undi pos yang disediakan untuk pengundi luar negara dengan wajah teruja.
Leona sebelum ini dikecam gara-gara menunjukkan kertas undi kepada umum di TikTok, namun selang beberapa minit video tersebut telah dipadam dari akaun miliknya.
Tindakannya itu boleh menyebabkan undi rosak kerana nombor siri dan maklumat pengundi sudah terdedah maklum netizen.
Baca Juga: Hujan lebat tangah malam tadi, 11 lokasi di Selangor dinaiki air