Hanya kerana mahu kelihatan cantik, wanita sanggup menghabiskan 10 juta yen (RM333,393) untuk pembedahan plastik yang telah dilakukan sejak sekolah rendah lagi. Wanita dari Jepun itu adalah pesohor media sosial yang tular kerana wajahnya.
Menurut Oddity Central, Gadis dikenali sebagai Zirazyo_ mendedahkan kecantikan wajahnya adalah hasil pembedahan plastik.
Gadis itu memuat naik sebuah klip video di TikTok di mana dia mendakwa telah menjalani pembedahan kosmetik pertamanya semasa berada di gred 5 (10 atau 11 tahun).
Lelah dengan kritikan yang diterima kerana melakukan pembedahan plastik, wanita tersebut hanya mahu memecahkan stigma bahawa pembedahan plastik adalah perkara negatif.
Zirazyo_ turut mengaku bahawa kecomelan adik perempuannya mempengaruhi keputusan untuk dia menjalani pembedahan.
Wanita tersenut turut berkongsi cerita yang dia tidak pernah mempunyai teman lelaki semasa sekolah malah sering menjadi mangsa buli. Dek kerana itu dia tekad untuk mengubah pandangan orang dengan melakukan pembedahan tersebut.
Gadis berkenaan turut menasihati orang ramai untuk tidak membandingkan diri mereka dengan orang lain jika mahu kekal waras kerana media sosial kini mampu membuatkan pengguna tertekan.
Baca Juga: Puteri Norway sanggup tinggalkan istana, kini teman tunang jadi dukun