Whatsapp tidak berfungsi: “Punya laa restart telefon banyak kali”

  • Post author:

‘WhatsApp’ menjadi kata kunci paling trending di laman Twitter dan Facebook ketika aplikasi itu tidak berfungsi buat sementara petang tadi.

Ketika aplikasi itu mengalami masalah, TML mendapati, rata-rata netizen merungut dan ada yang beranggapan mereka sudah kehabisan data.

“Wakakkaaa… adalah kita kluarkan sim kad, tiup tiup benda ala tu… ingatkan Wifi ke, bill ke padahal.”

“Aku ingat ws aku je tak boleh buka rupenye seluruh dunia.”

“Punye laa restart fon byk kli egt fon rosak dh..adehhh, bkk fb bru tau..hurmm.”

Bagaimanapun, media melaporkan aplikasi itu berjaya dipulihkan kira-kira jam 5.15 petang selepas gagal berfungsi kira-kira jam 3 petang tadi.

Gangguan itu bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi ia memberi kesan kepada pengguna di seluruh dunia.

Situasi itu disahkan sendiri  jurucakap syarikat Meta, yang merupakan pemilik kepada WhatsApp, Facebook dan Instagram.

“Kami sedar bahawa ada pengguna yang mengalami masalah untuk menghantar mesej dan kita sedang berusaha untuk memulihkan WhatsApp untuk semua orang secepat mungkin,” katanya menerusi kenyataan.

Baca Juga: Netizen kagum adik ni kecil-kecil lagi dah rajin tolong di kedai

Baca Juga: Pelumba MotoGP pun kenal Hairul Azreen ni pelakon